Menerusi kenyataan media Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memaklumkan bahawa mereka telah mengesan berlakunya penurunan kualiti perkhidmatan kurier yang ketara.

Situasi itu dikesan bagi tempoh penghujung 2019 sehingga 2020.

Menurut SKMM, sebahagian besar aduan pengguna yang diterima iaitu sebanyak 86% adalah melibatkan layanan buruk pihak kurier terhadap pelanggan serta kelewatan penghantaran dan kehilangan barang.

Malah purata tempoh penghantaran juga menjadi lebih lambat iaitu daripada 2.1 hari kepada 4.6 hari.

Malah lebih mengejutkan adalah, kadar keuntungan syarikat-syarikat kurier didapati merosot walaupun penghantaran barangan semakin bertambah.

Berikutan daripada keadaan tersebut, Makmal Industri Pos dan Kurier Negara (NPCIL) telah dianjurkan selama tiga minggu pada penghujung 2020 bersama pihak industri dan agensi kerajaan berkaitan yang dipelopori oleh KKMM dan SKMM.

Menerusi kursus tersebut diharap akan dapat meningkatkan prestasi dan menyediakan perkhidmatan pos dan kurier kelas pertama kepada pengguna.

Sumber: KKMM