Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hari ini menafikan dakwaan berhubung satu mesej di aplikasi WhatsApp kononnya SKMM telah menyekat akses kepada artikel-artikel terbitan portal berita luar negara seperti Nikkei Asia, Yahoo News!, Reuters, Al-Jazeera, The Guardian dan Washington Post.

Selepas menyiasat dakwaan itu, pihak SKMM mendapati pautan-pautan (URL) yang dimaksudkan sama ada secara sengaja atau kebetulan telah diubah suai atau dipendekkan.

Tindakan itu sekaligus menyebabkan sebarang klik ke atas pautan-pautan tersebut akan membawa pengguna ke halaman yang menunjukkan seolah-olah artikel-artikel yang dimaksudkan tidak lagi wujud.

Sehubungan itu, SKMM menggesa orang ramai untuk sentiasa menilai intipati sebarang mesej yang diterima dan berhenti berkongsi berita yang belum ditentukan kesahihannya.

Sumber: SKMM