Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hari ini memaklumkan kepada orang ramai bahawa Talian Khidmat Pelanggan 1800 188 030 mereka disingkatkan waktu operasi untuk sementara waktu.

Kini waktu operasi talian tersebut adalah dari pukul 8.30 pagi sehingga 12.30 tengah hari (Isnin-Jumaat) berkuat kuasa hari ini, 5 Julai 2021 sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Ia sebagai pematuhan terhadap Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang dilaksanakan di beberapa mukim di Selangor dan sebagai langkah berjaga- jaga ekoran penularan pandemik COVID-19.

Walubagaimanapun, SKMM menyatakan orang ramai masih boleh menyalurkan aduan mereka melalui saluran-saluran seperti yang tertera di bawah:

Portal Aduan MCMC : https://aduan.skmm.gov.my
E-mel : [email protected]
Waktu Operasi : 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari (Isnin hingga Jumaat).

Sumber: SKMM