Pada awal Januari lalu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) telah pun memadam akaun rasmi Twitter mereka sendiri.

Ia selepas berlaku insiden ciapan jelik yang dimuat naik melalui akaun rasmi milik mereka.

SKMM telah pun menjelaskan bahawa akaun Twitter rasmi mereka telah diceroboh oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Berikutan itu, SKMM telah bertindak menggantung akaun Twitter mereka dan seterusnya memadam terus akaun tersebut selepas tidak lama insiden itu berlaku.

Tetapi kini selepas hampir 6 bulan insiden tersebut, SKMM kini telah kembali ke paltfom Twitter menerusi akaun rasmi mereka iaitu [email protected]_RASMI.

Ini adalah ciapan pertama SKMM melalui akaun Twitter rasmi mereka.

Berbalik kepada insiden memalukan agensi kerajaan itu, sehingga kini masih belum ada laporan terkini berkaitan siapakah yang bertanggungjawab membuat ciapan jelik melalui akaun Twitter rasmi SKMM sebelum ini.

Walau apa pun, kembalinya SKMM secara rasmi ke platfom Twitter menunjukkan bahawa mereka kini telah melupakan kisah silam lalu yang memalukan itu dan bersedia untuk kembali aktif di Twitter bagi menyampaikan maklumat terkini kepada pengguna menerusi platfom tersebut.

Sumber: Twitter SKMM

Baca juga: MCMC: Mesej Mencurigakan Melalui Akaun Twitter Rasmi Bukan Dikeluarkan Oleh MCMC

SKMM Padam Akaun Rasmi Twitter Selepas Kicauan Pelik Lama Dikorek Warga Maya