Sempena dengan bulan Kemerdekaan ini, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bersama dengan pihak industri telekomunikasi dan penyiaran telah menyediakan beberapa tambah nilai pakej untuk kemudahan rakyat.

Antaranya adalah Tawaran Pakej Peranti RM1 Malaysia Prihatin bagi membolehkan semua rakyat Malaysia memiliki atau menaik taraf pelbagai peranti mudah alih yang menyokong 4G dan VoLTE, bermula dengan RM1.

Selain itu, pemberian data harian sebanyak 1GB oleh penyedia perkhidmatan rangkain telekomunikasi secara percuma kepada semua pengguna perkhidmatan juga dilanjutkan sehingga 31 Disember 2021.

Syarikat telekomunikasi yang mengambil bahagian ialah Celcom, Digi, Maxis, Telekom Malaysia dan U Mobile.

Inisiatif Learn From Home (LFH) oleh pihak YTL dalam menyokong sistem pendidikan juga dilanjutkan sehingga 31 Disember 2021.

Selain itu, Astro juga menyediakan saluran percuma, Astro 25 di saluran 100 yang akan menyajikan kandungan tempatan berkisar kepada pengorbanan, semangat patriotik serta kejayaan yang telah Malaysia kecapi.

Sumber: SKMM