Awal bulan ini kita sudah pun menerima kehadiran POCO M3 Pro 5G buat pasaran tempatan. Tidak cukup dengan itu, jenama kegilaan ramai disebabkan harga mampu milik itu bakal melancarkan sebuah lagi telefon pintar.

Telefon yang dimaksudkan itu adalah POCO X3 GT. Jika sebelum ini ia menerima pengesahan FCC, kini peranti tersebut sudah menerima pengesahan dari SIRIM Malaysia.

POCO X3 GT dengan nombor model 21061110AG ini dipercayai dijenamakan semula dari telefon Redmi Note 10 Pro 5G. Peminat POCO pasti tidak terkejut kerana POCO memang sinonim dengan peranti Redmi.

Mengimbas kembali penawaran Redmi Note 10 Pro 5G, ia dikuasakan cip Dimensity 1100 dengan memori hingga 8GB RAM serta storan 128GB atau 256GB, bateri 5000mAh dengan pengecasan pantas 67W dan skrin 6.7 inci LCD 120Hz.

Sumber: mysmartprice

Baca juga – Redmi K50 Dijangka Tiba Tahun Ini, Jauh Lebih Berkuasa

Baca juga – Xiaomi Atasi BMW Dalam Jenama Paling Bernilai Tahun 2021

Baca juga – Ini Senarai Peranti Xiaomi Yang Berkemungkinan Besar Menerima Kemas Kini MIUI 13