Tahun ini kita bakal menyaksikan Nokia memperkenalkan siri telefon baharu mereka iaitu siri-G. Siri ini dikatakan adalah memfokuskan untuk permainan mudah alih.
Terbaru, spekulasi berkaitan siri ini adalah benar belaka kerana SIRIM telah mengesahkan telefon baharu dengan nombor model TA-1334 ini dinamakan sebagai Nokia G10.
Meskipun begitu, tiada spesifikasi secara terperinci terhadap Nokia G10 ini. Akan tetapi, ura-ura berpendapat ia dilengkapi skrin 6.4 inci dengan panel LCD atau AMOLED.
Cip yang menguasakan telefon ini masih lagi misteri tetapi ia dikhabarkan dijana pemproses dengan teras-okta. Selain itu, mungkin sistem kuad-kamera terbina pada belakang dimana 48MP utama.
Dari segi konfigurasi pula, ia dijangka hanya untuk satu varian iaitu 4GB RAM dengan 64GB.
Walau bagaimanapun, tiada maklumat lain yang diketahui buat masa ini tetapi dikatakan juga Nokia G10 mungkin tampil dengan spesifikasi seakan Nokia 5.4.
Sumber: mysmartprice