Siri telefon yang dinanti-nantikan, Xiaomi 13T dan 13T Pro akhirnya dirasmikan setelah pelbagai berita dan khabar angin tentangnya yang kita dengari sebelum ini.
Berikut adalah spesifikasi bagi siri Xiaomi 13T:
Spesifikasi Xiaomi 13T
Xiaomi 13T dikuasakan cip MediaTek Dimensity 8200-Ultra, RAM hingga 12GB dan pilihan storan hingga 256GB.
Peranti ini juga dilengkapi skrin AMOLED 6.67″ beresolusi 1080 x 2400p, sokong 144Hz kadar segar semula, HDR10+ dan Dolby Vision.
Untuk kamera, ia mempunyai tetapan 3 kamera Leica – 50MP lebar, 50MP telefoto, 12MP ultra-lebar dan 20MP swafoto. Tidak lupa juga peranti ini dikendalikan MIUI 14 berasaskan Android 13.
Xiaomi 13T menyokong inframerah, NFC, 5G, penarafan kalis air dan habuk IP68, pembesar suara stereo, bateri 5,000mAh dengan pengecasan pantas 67W dan sistem penyejukan cecair.
Buat kali pertamanya, Xiaomi 13T mempunyai sokongan kemas kini perisian selama 4 tahun dan 5 tahun untuk kemas kini sekuriti padanya.
Spesifikasi Xiaomi 13T Pro
Xiaomi 13T Pro pula lebih berkuasa melalui MediaTek Dimensity 9200+, memori LPDDR5X dan pilihan storan UFS 4.0 hingga 512GB.
Selain itu, peranti ini dilengkapi skrin LTPO AMOLED 6.67″ beresolusi 1.5K CrystalRes, HDR10+, sokong kadar segar semula 144Hz, dan Dolby Vision.
Ia dilengkapi tetapan 3 kamera Leica 50MP – 50MP lebar, 50MP telefoto, 12MP ultra-lebar dan 20MP swafoto. Xiaomi 13T Pro menggunakan MIUI 14 berasaskan Android 13 juga.
Di samping itu, Xiaomi 13T Pro mempunyai 5,000mAh dengan pengecasan pantas 120W dan sistem penyejukan cecair.
Peranti ini juga mempunyai ciri inframerah, NFC, penarafan kalis air dan habuk IP68, menyokong kemas kini perisian selama 4 tahun dan kemas kini sekuriti untuk 5 tahun.
Harga & Ketersediaan
Siri Xiaomi 13T sudah tersedia untuk dipratempah ketika anda membaca artikel ini di platform Shopee dan juga Lazada. Xiaomi 13T hadir dalam 2 variasi pilihan seperti:
- 8GB RAM / 256GB ROM – RM1,799
- 12GB RAM / 256GB ROM – RM1,999
Sementara itu, model paling berkuasa Xiaomi 13T Pro memberikan 3 variasi untuk anda pilih:
- 12GB RAM / 256GB ROM – RM2,499
- 12GB RAM / 512GB ROM – RM2,699
- 16GB RAM / 1TBGB ROM – RM3,499
Beli Siri Xiaomi 13T di Shopee – https://invl.io/cljwz7z
Beli Siri Xiaomi 13T di Lazada – https://invol.co/cljwz83
{suggest}