Pada sebulan yang lepas, kita telah mendapat berita akan peranti Xiaomi 12T Pro telah mendapat kelulusan daripada SIRIM Malaysia berdasarkan ciapan daripada Mukul Sharma.
Xiaomi 12T Pro receives the SIRIM certification.#Xiaomi #Xiaomi12T #Xiaomi12TPro pic.twitter.com/cHLZT1god6
— Mukul Sharma (@stufflistings) August 1, 2022
Menariknya, hari ini kita mendapat khabar bahawa Xiaomi berkemunngkinan besar akan melancarkan siri 12T itu seawal minggu depan.
Xiaomi 12T, 12T Pro, Redmi Pad & Redmi Buds 4 Pro most probably launching next week globally. pic.twitter.com/x8GY2U0owV
— Abhishek Yadav (@yabhishekhd) September 14, 2022
Berdasarkan ciapan daripada pemberi maklumat terkenal, Abhishek Yadav, Redmi Pad dan Redmi Buds 4 Pro turut dilancarkan bersama selain siri Xiaomi 12T.
{suggest}
Setakat ini, model Xiaomi 12T Pro mungkin dikuasakan cip pemprosesan Snapdragon 8+ Gen 1 manakala 12T pula dijangka menggunakan cip Dimensity 8100 daripada MediaTek.
Sumber: Twitter