Hujung minggu lalu, vivo Malaysia telah melancarkan sebuah peranti baharu iaitu vivo Y12A dengan tanda harga RM529.

Untuk pengetahuan, vivo Y12A mempunyai spesifikasi yang ditambah baik daripada model sebelumnya, Y12s.

Model terbaru kali ini dijana cip pemprosesan Snapdragon 439 dengan gandingan memori 3GB dan storan 32GB. Selain itu, ia menampilkan paparan IPS HD+ (1600 × 720) yang berukuran 6.51-inci.

Bahagian kamera pula, ia dimuat sistem dwi-kamera AI 13MP+2MP serta kamera swafoto 8MP. Ia juga mempunyai bateri berkapasiti 5,000mAh dengan sokongan teknologi penjimatan kuasa AI.

Antara lainnya, telefon ini mempunyai pengimbas cap jari di sisi, fungsi pengecasan terbalik seperti power bank, dan Multi-Turbo 3.0 untuk tingkat prestasi permainan.

Jika berminat, anda boleh dapatkan vivo Y12A dengan dua pilihan warna iaitu Phantom Black dan Mint Green di kedai atas talian, Shopee, dan Lazada.

Sumber: siaran akhbar vivo

Baca juga – Tablet vivo Dilapor Akan Diperkenal Pada Suku Keempat Tahun Ini

Baca juga – Promosi Waktu Terhad vivo Tawar Diskaun Sehingga 77%