Setelah berkolaborasi dengan beberapa jenama mewah automotif seperti Porsche, Lamborghini, dan Mercedes-Benz, vivo Malaysia kini bekerjasama dengan Maserati, untuk acara Amazing Hunt Challenge.
Acara ini menyaksikan 50 buah kereta Maserati bertolak dari Naza Italia, Kuala Lumpur ke Kuantan pada 22 Julai, melepasi 10 checkpoint dalam perjalanan pencarian harta karun.
Seiring nilai jenama ‘Joy of Humanity’, siri vivo X80 terbaharu, merangkumi teknologi cinematic ZEISS, digunakan untuk mendokumentasi perjalanan dan pengembaraan peserta dalam acara ini.
Sumber: Siaran akhbar vivo Malaysia