Penghujung tahun lalu, vivo X60 dan X60 Pro rasmi dilancarkan dan kemudian diikuti X60 Pro+ pada awal tahun ini. Kini, vivo mengesahkan tarikh pengenalan siri terbaharu mereka menerusi vivo X70 pada 9 September ini.

Mereka dijangka mengumumkan tiga telefon pada masa yang sama, tidak seperti siri vivo X60 tahun lepas. Telefon tersebut adalah X70, X70 Pro dan X70 Pro+.

Berdasarkan gambar yang dikongsikan, ia memperlihatkan peranti vivo X70 Pro+ dan menampilkan 4 kamera belakang dengan modul agak besar. Selain meneruskan sistem kamera Zeiss, mereka juga bakal memuatkan cip pemproses imej tersendiri, iaitu vivo V1 ISP.

Antara khabar angin mengenai spesifikasi X70 Pro+ adalah dijana cip Snapdragon 888, 12GB RAM serta storan 256GB. Manakala varian standard dan Pro dijangka tampil dengan skrin AMOLED 120Hz serta cip Exynos 1080.

Sumber: gizmochina

Baca juga:

 

Beli telefon vivo di:

Shopee - https://invol.co/cl5th3o
Lazada - https://invol.co/cl5th45