Siri vivo X70 akan dilancarkan secara rasmi di China hari ini. Kini, vivo Malaysia tidak mengambil masa yang lama untuk membawa telefon terbaharu itu ke tanah air.

Ini kerana peminat tempatan bakal menyaksikan pelancaran siri vivo X70 pada 22 September 2021 jam 7:30 malam. Dijangka tiga varian yang akan diperkenalkan hari ini, iaitu X70, X70 Pro dan X70 Pro+.

Dikatakan varian standard dikuasakan cip Exynos 1080 tetapi mungkin di Malaysia ia menggunakan Snapdragon, seperti mana siri vivo X60.

Walau bagaimanapun, siri kali ini tertumpu kepada penstabilan Ultra-Sensing Gimbal dan kamera yang disaluti ZEISS T* Coating. Anda boleh baca lebih lanjut tentang perkara menarik pada telefon tersebut di SINI.

Sumber: vivo Malaysia

Baca juga: