Siri The Boys merupakan antara produk langganan Amazon Prime sangat terkenal sejak kali pertama ditayangkan pada tahun 2019 lepas. Selepas tamatnya musim ke-3, terdapat ura-ura yang mengatakan siri The Boys ini akan mendapat adaptasi dalam bentuk permainan video.
1/2
"THE BOYS," which I quit after 3 episodes of season 1. I thought I'd watch the rest of the show. Actually, I watched a few episodes that were delivered at the time when I was about to start a project that I had been warming up for a long time, pic.twitter.com/UpI00pUIHQ— HIDEO_KOJIMA (@HIDEO_KOJIMA_EN) June 26, 2022
Hal ini demikian, nama besar dalam industri gaming, Hideo Kojima telah menzahirkan pendapat beliau tentang siri tersbut di Twitter.
Beliau berhenti menonton siri The Boys selepas episod 3 musim pertamanya. Tetapi mengikut laporan Voteshelf, Kojima akhirnya menonton terus semua episod dalam siri The Boys itu.
Menariknya, penerbit dan penulis siri The Boys ini, Eric Kripke turut memberi respons kepada ciapan Kojima tersebut dengan menyatakan beliau berbesar hati untuk bekerjasama dalam mengadaptasi siri The Boys dalam bentuk permainan video.
Ia akan menjadi sangat menarik jika kita dapat melihat projek game The Boys ini diumumkan. Walau bagaimanapun, Kojima mahupun Kojima Productions tidak memberi sebarang respons rasmi kepada berita ini lagi.
Sumber: Voteshelf
Gambar utama: screenrant