Samsung mula melepaskan kemas kini S91xBXXU2AWF1 untuk Galaxy S23, Galaxy S23+ dan Galaxy S23 Ultra. Kemas kini dengan saiz fail sekitar 2.2GB hadir dengan beberapa penambahbaikan utama serta tampalan keselamatan.
{suggest}
Menurut SamMobile, kemas kini berkenaan telah pun tersedia di Malaysia, Thailand, Indonesia dan Filipina. Antara penambahbaikan dalam kemas kini ini termasuk:
- Tetapan 2x zum untuk Portrait Mode.
- Isu autofokus kamera telah diselesaikan.
- Pemprosesan Night Mode sedikit berbeza berbanding sebelumnya.
- One UI lebih lancar.
- Penambahbaikan untuk haptik.
Selain itu, ia turut menambah baik kestabilan peranti serta baik pulih pepijat.
Untuk kemas kini, ianya boleh dilakukan melalui Settings > Software Update > Download and Install.
Sumber: SamMobile