Pada pertengahan bulan Jun lalu, AMD mengumumkan varian pemprosesan desktop siri 3000 XT. Terdapat 3 cip yang diperkenalkan iaitu Ryzen 9 3900XT, Ryzen 7 3800XT, dan Ryzen 5 3600XT.
Ia menawarkan peningkatan prestasi serta pengalaman teras tunggal yang lebih pantas. Senibinanya juga adalah sama Zen 2 proses 7nm sepertimana siri Ryzen 3000 yang lain.
Hari ini, AMD Malaysia telah mula mengumumkan harga jualan cip dekstop ini untuk pasaran tempatan. Untuk harga jualan, ia dipasarkan seperti berikut:
- Ryzen 5 3600XT – RM1,199.00
- Ryzen 7 3800XT – RM1,899.00
- Ryzen 9 3900XT – RM2,299.00
Untuk merancakkan lagi jualan, AMD kini menyertakan salinan percuma Assassin’s Creed Valhalla untuk setiap pembelian cip Ryzen yang terpilih iaitu:
- Ryzen 9 3950X
- Ryzen 9 3900XT
- Ryzen 9 3900X
- Ryzen 7 3800XT
- Ryzen 7 3800X
- Ryzen 7 3700X
Jika melihat dari senarai, untuk 3 cip yang terbaharu diumumkan, hanya Ryzen 5 3600XT sahaja yang tidak disertakan dengan permainan tersebut.
Promosi jualan berserta Assassin’s Creed Valhalla ini adalah bermula dari 7 Julai sehingga 3 Oktober 2020. Permainan itu kemudiannya boleh ditebus melalui laman rasmi AMD bermula 7 November kelak.