Sejak awal Mac lalu, realme telah mula mengacah kehadiran siri realme 8. Terbaru, realme mengumumkan pelancaran global siri realme 8 akan diadakan pada 24 Mac 2021 di India.
Leap to Infinity and beyond for real!
8 doesn’t get clearer than this!Launching #realme8series at 7:30 PM IST, 24th March on our official channels. #108MPCaptureInfinity
Know more: https://t.co/lXxSWHGgGx pic.twitter.com/FM94hPtFLn
— realme (@realmeIndia) March 15, 2021
Seperti diketahui, realme telah pun mengesahkan realme 8 Pro akan dimuatkan dengan tetapan empat lensa dengan modul kamera berbentuk segi empat. Peranti ini hadir dengan sensor kamera 108MP ISOCELL HM2.
Sementara itu, realme 8 pula dijangka akan hadir dengan spesifikasi seperti skrin berukuran 6.4-inci Super AMOLED, cip pemproses Helio G95, kapasiti bateri 5000mAh serta pengecasan pantas 30W Dart. Bahagian kamera pula akan dimuatkan tetapan empat lensa dengan 64MP utama.
Untuk lain-lain spesifikasi, nantikan acara pelancaran siri realme 8 yang akan berlangsung pada 24 Mac 2021, jam 5.00 petang (waktu Malaysia).
Sumber: realme India