Dengan Intel melancarkan cip generasi ke-12, GIGABYTE juga tidak ketinggalan dengan mengumumkan siri papan induk Z690 AORUS. Dengan fasa kuasa digital VRM 20+1+2 dengan setiap fasa menampung sehingga 105A selain turut mempunyai ‘heatsink’ Fins-Array III yang ditambah baik.
Terdapat 3 model di bawah siri Z690 AERO ini iaitu Z690 AERO G, Z690 AERO.
Z690 AERO G dan Z690 AERO G DDR4 menampilkan VisionLINK, membenarkan penghantaran berdasarkan USB Type-C dan penghantaran kuasa sehingga 60W.
Selain itu, siri ini juga hadir dengan:
- 20z PCB
- Reka bentuk satah belakang nano-karbon
- Kad grafik PCIe 5.0
- Konfigurasi PCIe 4.0 M.2
- Kelajuan Ethernet 2.5GB
- Intel WiFi 6E 802.11ax network
- USB 3.2 Gen2
- Sokongan DDR5
- Thunderbolt 4
- Teknologi Q-Flash yang membenarkan pengguna ‘flash’ fail BIOS tanpa memasang CPU, RAM, GPU.
Sumber: Siaran Akhbar GIGABYTE
Baca juga: