Siri OPPO Reno5 baru-baru ini telah menerima kelulusan dari pelbagai negara. Terbaru, menerusi kiriman OPPO di Weibo menggambarkan sebuah acara pelancaran akan diadakan pada 10 Disember ini.

pelancaran OPPO Reno5

Berdasarkan spekulasi, OPPO dijangka bakal melancarkan siri OPPO Reno5 pada 10 Disember ini. Kemungkinan terdapat tiga model dalam siri Reno5 yang terdiri daripada Reno5, Reno5 Pro dan Reno5 Pro+.

Selain tarikh, tiada perincian lanjut yang didedahkan oleh OPPO buat masa ini. Terdahulu, rekaan yang didakwa siri OPPO Reno5 telah tertiris yang memperlihatkan tiga model peranti dengan paparan berlubang.

Dijangka lebih banyak maklumat mengenainya akan diumumkan menjelang pelancaran nanti.

Sumber: OPPO