Agak aneh jugalah kerana baru sahaja lagi siri OPPO Reno3 memasuki Malaysia dan kini siri Reno4 pula diumumkan di China. Siri Reno4 terbaharu ini membawakan dua model Reno4 dan Reno4 Pro.
Kedua-dua model ini membawakan spesifikasi cip Snapdragon 765G, rangkaian 5G, dan juga pengecasan pantas SuperVOOC 2.0 65W. Yang membezakannya adalah teknologi paparan dan juga kamera yang digunakan.
OPPO Reno4
Reno4 hadir dengan paparan 6.4 inci AMOLED Full HD+ dengan 2 kamera hadapan. Sensor yang digunakan adalah 32MP dan 2MP.
Kamera belakang pula mempunyai sistem 3 lensa iaitu 48MP utama, 8MP sudut lebar, 2MP monokrom, dan tambahan autofokus laser. Bateri peranti adalah berkapasiti 4,020mAh dan turut dilengkapi pengimbas cap jari pada skrinnya.
Peranti hadir dengan memori 8GB RAM serta storan dalaman 256GB berasaskan UFS 2.1. Untuk pasaran China, OPPO Reno4 dijual bermula harga CNY 2,999 (~RM1,807).
OPPO Reno4 Pro
Tidak banyak perbezaan untuk variasi Pro kerana spesifikasi utamanya seperti cip dan sistem pengecasan pantas yang sama. Apa yang berbeza adalah pertamanya skrin sedikit lebih besar dengan 6.5 inci melengkung. Kali ini ia dilengkapi dengan kadar segar semula 90Hz dan juga merupakan sebuah panel HDR10+.
Menariknya, Reno4 Pro menggunakan kamera swafoto tunggal 32MP sahaja. Selain itu, pemfokusan turut diberikan kepada kamera belakang dengan penggunaan 48MP utama dengan OIS, sudut lebar 12MP, 13MP telefoto, dan juga tambahan autofokus laser.
Bateri peranti dimuatkan dengan kapasiti sebesar 4,000mAh manakala memori adalah sama iaitu 8GB RAM dan sehingga 256GB. Pengimbas cap jari juga turut disertakan dalam skrinnya.
Untuk harga pasaran, OPPO Reno4 Pro dijual pada harga bermula CNY 3,799 (~RM2,289).
Sumber: OPPO China
Beli OPPO Reno3 di –
Lazada: https://invol.co/clors0
Shopee: https://invol.co/clorrz