Berdasarkan dakwaan Digital Chat Station, OPPO mungkin akan menampilkan resolusi paparan yang baharu untuk kedua-dua model siri Find X6.
Model Find X6 akan menyokong resolusi paparan 1.5K manakala Find X6 Pro akan menawarkan resolusi paparan 2K.
**OPPO Find X5 Pro
Selain itu, siri Find X6 mungkin dikuasakan cip Snapdragon 8 Gen 2 akan datang namun besar kemungkinan ia hanya akan hadir untuk versi Pro sahaja.
{suggest}
Sementara OPPO mungkin akan memilih cip Snapdragon 8+ Gen 1 untuk model Find X6 standard.
Hal ini demikian kerana hampir kesemua pembangun telefon pintar di China telah mengeluarkan model peranti mereka dengan cip Snapdragon 8+ Gen 1.
Dari segi kamera, Find X6 Pro dijangka menampilkan cip MariSilicon X generasi kedua dan ia mungkin mempunyai peningkatan prestasi gambar serta video jauh lebih baik. Sekiranya anda mahu ketahui prestasi kamera dengan MariSilicon X, anda boleh klik artikel INI.
Sumber: Digital Chat Station