OnePlus Malaysia hari ini mengesahkan siri terbaharu OnePlus Nord akan dilancarkan pada 14 Julai 2022, dengan menampilkan dua telefon pintar terbaharu.
OnePlus Nord 2T 5G dikuasakan oleh cip pemproses MediaTek Dimensity 1300, pengecasan pantas 80W SUPERVOOC, serta sensor 50MP Sony IMX766.
Manakala OnePlus Nord CE 2 Lite hadir dengan paparan 120Hz, OxygenOS 12.1 yang telah diprapasang, dan kebolehupayaan rangkaian 5G.
Buat masa ini, masih belum ada maklumat terperinci berkaitan harga dan spesifikasi siri terbaharu ini.
Untuk maklumat lanjut, layari laman web OnePlus Malaysia.
Sumber: Siaran akhbar OnePlus Malaysia