OnePlus akhirnya telah mengesahkan bahawa siri OnePlus 7 bakal dilancarkan pada 14 Mei, seperti yang diura-urakan sebelum ini.
Pengumuman itu telah dibuat menerusi akaun Twitter rasmi @oneplus semalam.
Get ready for the OnePlus 7 Series.https://t.co/ViZaz53XXk pic.twitter.com/9oRGqVqLOH
— OnePlus (@oneplus) April 23, 2019
Dalam video pendek tersebut, OnePlus menggunakan terma “siri” sekaligus memberi pengesahan bahawa lebih dari satu model bakal dilancarkan bersama-sama nanti.
Antara model yang dikatakan bakal diperkenalkan nanti ialah OnePlus 7, OnePlus 7 Pro dan OnePlus 7 5G.
Apa yang kita boleh jangkakan daripada siri OnePlus kali ini sudah pasti penggunaan cip Snapdragon 855, fungsi pengecasan pantas serta panel paparan berkualiti tinggi yang dinyatakan sebelum ini.
Apa-apa pun, kita tunggu 14 Mei ini bagi menyaksikan sendiri apa yang bakal ditawarkan oleh jenama yang pernah terkenal sebagai ‘flagship killer’ satu masa dulu ini.
Sumber: OnePlus