Beberapa hari saja lagi, Huawei dikhabarkan akan melancarkan produk terbaru mereka di mana mereka dijangka akan memperkenalkan model terbaru bagi siri HUAWEI P50.

Sebelum ini telah dilaporkan khabar angin berkaitan telefon pintar ini seperti ia akan hadir dengan kamera utama, ultra lebar dan telefoto.

Malah terdapat khabar angin mendakwa HUAWEI P50 akan dijana oleh cip Snapdragon 888 4G.

Tetapi kini terdapat ura-ura menyatakan bagi siri model HUAWEI P50 nanti, Huawei akan menawarkan versi 4G pada model HUAWEI P50 Pro yang akan menggunakan cip pemprosesan Kirin 9000.

Ura-ura terbaru ini muncul selepas terdapat tangkap layar yang dikongsikan di platfom sosial Weibo yang memaparkan model HUAWEI P50 Pro 4G dengan Kirin 9000.

Bagi yang terlupa, Kirin 9000 mula dilancarkan Huawei pada lewat tahun lalu di mana ia telah digunakan pada model telefon pintar Huawei Mate 40.

Sumber: GizChina

Baca juga: Apa Bezanya Kirin 9000 Berbanding Kirin 9000E?

Huawei P50 Dengan Snapdragon 888 Dijangka Diumum Hujung Bulan Julai