Xiaomi telah pun melancarkan siri terbaru bagi tablet mereka iaitu Mi Pad 5 dan Mi Pad Pro pada 10 Ogos lalu di China.

Seminggu kemudian barulah tablet itu secara rasmi mula dijual untuk pasaran China.

Menurut Xiaomi, apabila siri Mi Pad 5 memasuki pasaran, mereka telah berjaya menjual sejumlah 200 ribu unit peranti itu hanya dalam tempoh 5 minit sahaja.

Ini menunjukkan tablet terbaru Xiaomi itu amat ditunggu-tunggu pengguna daripada sambutan hangat yang ditunjukkan.

Mi Pad 5

Namun begitu terdapat juga pengguna yang merungut kerana mereka gagal mendapatkan peranti tersebut serta aksesori yang diinginkan untuk dipadankan dengan tablet Xiaomi itu kerana telah habis terjual.

Ekoran itu, Xiaomi memaklumkan mereka akan menangani kekurangan stok siri Mi Pad 5 dengan kadar segera.

Terdapat sebanyak 2 model bagi siri tablet Mi Pad 5 iaitu Mi Pad 5 dan Mi Pad Pro. Mi Pad 5 berharga dari 1999 yuan (~RM1303) dan Mi Pad Pro pula berharga dari 2499 yuan (~RM1630) sehingga 3499 yuan (~RM2281).

Sumber: GizmoChina

Baca juga: Xiaomi Perkenal Tablet, Mi Pad 5 Dan Mi Pad 5 Pro