Beberapa hari yang lalu terdapat ura-ura dimana Lenovo akan hadir dengan telefon mereka yang baharu.

Terkini, secara rasmi Lenovo mengeluarkan kenyataan mereka akan melancarkan siri Lenovo Lemon K12 pada 9 Disember 2020 ini.

Dikatakan telefon ini akan bersaing dengan Redmi Note 9 4G yang baharu sahaja dilancarkan.

Ia akan menggunakan cip pemproses serta kapasiti bateri sama yang ada pada Redmi Note 9 4G.

Selain itu, telefon ini dilengkapi tri-kamera pada bahagian belakang dan paparan berlubang pada bahagian hadapan untuk kamera swafoto.

Buat masa sekarang, tiada lagi spesifikasi penuh dan harga diumumkan. Sama-sama kita tunggu akan telefon baharu Lenovo ini pada minggu hadapan.

Sumber: weibo via