Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Siri Huawei P60 Dan Mate X3 Mungkin Dilancarkan Pada 23 Mac Ini

Posted on Mac 7, 2023Mac 7, 2023

Gergasi teknologi China, Huawei dilaporkan bakal melancarkan siri P60 dan Mate X3 pada 23 Mac ini. Terdapat satu iklan di platform Weibo yang menunjukkan Huawei akan mengadakan acara pelancaran pada bulan Mac ini.

Selain itu, pemberi maklumat terkenal China The factory manager is classmate Guan, mengatakan Huawei bukan sahaja akan melancarkan telefon pintar, tetapi banyak gajet pintar seperti Huawei FreeBuds 5, Watch 4, Band 7 dan banyak lagi.

Spesifikasi

Mengikut sumber, P60 akan dikuasakan cip Snapdragon 8 Gen 2 dengan sokongan ketersambungan 4G sahaja dek kerana sekatan yang dikenakan ke atas Huawei.

Selain itu, peranti ini mungkin menawarkan skrin OLED 6.6″ dengan resolusi 1440p dan menyokong kadar segar semula 120Hz.

Ia juga dikatakan hadir dengan bateri 5,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 100W dan wayarles 50W. Berdasarkan maklumat yang ada, berkemungkinan kita akan mendengar berkaitan pengumuman rasmi pada pertengahan bulan Mac.

{suggest}

Sumber: Gizmochina

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress