Syarikat pengeluar telefon pintar Huawei, bakal memperkenalkan siri Huawei P40 secara rasmi di Paris pada 26 Mac ini. Peranti ini bakal menjalankan sistem operasi Android 10 dan EMUI 10.
Berdasarkan kicauan @hereYashRaj, terdapat sebuah poster yang menunjukkan lima pilihan warna bagi siri Huawei P40. Pilihan warna yang ditawarkan adalah Cosmic Purple, Green Mint, Hitam, Putih dan Oren.
#Huawei #HuaweiP40 – Huawei P40 series will be launched in Paris on March 26. Huawei P40 color options can be something like this Orange, Cosmic Purple, White, Green Mint, Black.@HuaweiIndia @HuaweiMobile#HuaweiP40Pro #HuaweiP40Pro
Telegram- https://t.co/O0BSOxLqFu pic.twitter.com/muRFupx0HO— Yash Raj Chaudhary (@hereYashRaj) March 8, 2020
Selain itu, skrin hadapan Huawei P40 dilaporkan akan mempunyai rekaan paparan berlubang bagi memuatkan dwi kamera selfie. Peranti ini juga akan dijana dengan cip pemprosesan Kirin 990 yang menyokong rangkaian 5G.
Pada bahagian kamera, peranti ini dimuatkan dengan 52MP pada kamera belakang dan 32MP pada kamera hadapan. Kamera utama akan menyokong teknologi piksel 16 dalam 1 dan telefoto peranti ini mampu zoom sehingga 10x.