HONOR sebentar tadi telah melancarkan model terbaru bagi siri telefon pintar HONOR Magic dengan melancarkan HONOR Magic3 dan HONOR Magic3 Pro.

Siri HONOR Magic3 yang merupakan kategori telefon pintar premium dikuasakan oleh cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon 888 Plus dan menggunakan skrin flex OLED bersaiz 6.76 inci dengan kadar segar 120Hz.

Siri HONOR Magic3 juga menerima penarafan tahan air dan debu IP68.

Untuk sistem operasi pula, HONOR pertingkatkan prestasi sistem operasi peranti tersebut dengan teknologi OS terbaru yang dikenali sebagai OS Turbo X.

Menerusi OS Turbo X, HONOR menyatakan mereka juga pertingkatkan prestasi untuk permainan dan kelajuan muat turun data.

Ia juga menyokong pengecasan pantas 66W Super Charge dengan sambungan wayar dan 50W Super Charge tanpa wayar.

Untuk kamera pula, HONOR Magic3 dilengkapi dengan kamera sudur lebar 50MP dengan sensor Sony IMX 766, kamera monokrome 64MP dan kamera ultra sudut lebar 13MP.

HONOR Magic3 Pro juga menggunakan spesifikasi kamera yang sama dengan kamera HONOR Magic3. Cuma ia turut dilengkapi dengan kamera telefoto 64MP.

Untuk ciri keselamatan pula siri HONOR Magic3 menyokong ciri imbasan wajah 3D untuk nyah kunci peranti.

HONOR Magic3 ditawarkan dalam 4 warna pilihan menarik iaitu Putih, Hitam, Blue Hour dan Golden Hour.

Manakala bagi model HONOR Magic3 Pro ditawarkan dalam 3 warna iaitu Hitam, Putih dan Golden Hour.

HONOR Magic3 dengan 8GB RAM dan storan 256GB berharga 899.00 EURO. HONOR Magic3 Pro dengan 8GB RAM dan storan 256GB pula berharga 1,099.00 EURO.