Siri HONOR Magic3 bakal diperkenalkan pada esok, 12 Ogos jam 7:30 malam. Apa yang pasti mengenainya, ia dikuasakan cip pemproses Snapdragon 888 Plus bersama rangkaian 5G.

Bukan itu sahaja, poster yang dikongsikan juga menyatakan mereka akan menawarkan pengalaman kamera jauh lebih baik. Sebenarnya, ia selari dengan pengumuman mereka sebelum ini.

HONOR baru sahaja mengumumkan kerjasama dengan IMAX yang mana telefon Magic3 adalah pertama hadir dengan ciri IMAX Enhanced.

Buat pengetahuan, IMAX Enhanced adalah pensijilan untuk produk yang memenuhi kriteria dari IMAX dan DTS yang mana menawarkan kualiti kamera serta audio yang baik.

Setakat ini, produk yang mempunyai pengesahan IMAX Enhanced hanyalah televisyen (TV) dan projektor sahaja.

Jika anda berminat, acara pelancaran ini boleh ditonton menerusi Facebook atau YouTube HONOR Malaysia.

Sumber: Siaran Akhbar HONOR, weibo HONOR

Baca juga: