Siri ASUS TUF merupakan penawaran memfokuskan komputer riba gaming mampu milik yang popular.

Untuk tahun 2021, siri ini telah dikemaskini dengan rekaan baharu dan juga komponen lebih berkuasa pada acara CES 2021. ASUS Malaysia kini telah mengumumkan bahawa 2 model akan diperkenalkan untuk pasaran tempatan iaitu:

  • ASUS TUF A15
  • ASUS TUF Dash F15

TUF A15 merupakan varian dengan cip AMD Ryzen 5000 manakala TUF Dash A15 pula dilengkapi dengan cip Intel Gen-11 yang terbaharu.

ASUS TUF A15

ASUS TUF A15 adalah merupakan sebuah komputer riba gaming 15.6 inci FHD dengan kadar segar semula sehingga 240Hz IPS LCD. Untuk kemampuan panel, ia menyokong sehingga 300 nits dan 100% sRGB.

Cip yang dijana adalah dari AMD Ryzen 7 5800H manakala grafik sehingga Nvidia GeForce RTX 3070 8GB GDDR6.

Untuk RAM, ia dimuatkan dengan 16GB sementara storan dalaman adalah sehingga 1TB menggunakan M.2 NVMe PCIe SSD.

Kapasiti bateri 90Wh yang disertakan memberi petunjuk bahawa ia akan lebih tahan lama berbanding 48Wh pada siri ASUS TUF sebelum ini.

Terdapat 2 model yang ditawarkan untuk model ASUS TUF A15 dengan perbezaan berikut:

FA506Q-MHN063T

  • FHD 144Hz, 250nits, sRGB 62.50%
  • 512GB M.2 PCIe NVMe SSD
  • RM5,299

FA506Q-RAZ030T

  • FHD 240Hz, 300nits, sRGB 1000%
  • 1TB M.2 PCIe NVMe SSD
  • RM6,699

Jika berminat, varian TUF A15 dengan panel 240Hz akan ditawarkan terlebih dahulu bermula sekitar penghujung Januari manakala varian 144Hz sekitar pertengahan Februari.

Menurut ASUS Malaysia, lebih banyak model yang akan ditawarkan terutamanya untuk varian ASUS TUF lebih mampu milik pada masa akan datang.

ASUS TUF Gaming Dash F15

Siri Dash ini merupakan penawaran baharu ASUS yang memfokuskan kepada pakej TUF dalam bentuk rekaan lebih mudah-alih dan penggunaan cip Intel pula.

Dari segi fizikal, ia hadir dengan bentuk lebih nipis 19.9mm dan juga lebih ringan pada 2kg.

Cip pemprosesan yang digunakan adalah Intel i7-11370H yang dipadankan dengan GeForce RTX 3070 8GB.

RAM pula adalah 16GB pada kelajuan DDR4 3,200MHz dengan storan dalaman 1TB M.2 NVMe PCIe SSD.

Panel yang didatangkan adalah dari 15.6 inci 240Hz IPS dengan sokongan sRGB 100%.

Baterinya adalah berkapasiti 76Wh sedikit kecil berbanding TUF A15 namun masih besar untuk saiz fizikalnya.

Harga yang ditawarkan untuk TUF Dash F15 adalah pada RM6,699 bermula penghujung Januari ini juga.