Sekiranya anda terlupa, ASUS telah pun melancarkan model terbaharu telefon gaming mereka menerusi ROG Phone 5s dan 5s Pro pada Ogos yang lalu.

Kini, ASUS ROG Malaysia mengesahkan kehadirannya buat pasaran tempatan, iaitu pada 8 Oktober ini. Apa-apa pun, siri baharu ini hanya menerima perubahan sedikit sahaja.

Pertama sekali adalah naik taraf cip pemproses Snapdragon 888+ dan keduanya, masing-masing hadir dengan input sentuh (touch sample rate) 360Hz.

Tambahan lagi, varian Pro juga dilengkapi pilihan memori hingga 18GB LPDDR5 RAM dan storan dalaman 512GB UFS 3.1 serta mempunyai paparan belakang PMOLED.

Ketika ia dilancarkan tempoh hari, harganya bermula NT$29900 (~RM4546) bagi ROG Phone 5s. Manakala ROG Phone 5s Pro pula bermula NT$37900 (~RM5760).

Oleh itu, sama-sama kita nantikan harga jualan rasminya di Malaysia nanti.

Sumber: ASUS ROG Malaysia

Baca juga: