Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Siri AMD Ryzen 7000 Sah Dilancarkan Pada Penghujung Ogos Ini

Posted on Ogos 19, 2022

AMD telah mengesahkan pelancaran siri Ryzen 7000 Zen4 pada 29 Ogos ini dalam acara “together we advance_PCs”.

Join us on Aug. 29 at 7 p.m. ET for “together we advance_PCs,” a livestream premiere to unveil the next generation AMD PC products.

• Read the press release: https://t.co/n76RbJDMz0
• Watch on the AMD YouTube Channel: https://t.co/wo5iHJ7sJy pic.twitter.com/mc7CjoFdvM

— AMD Ryzen (@AMDRyzen) August 16, 2022

Dalam acara tersebut, CEO AMD Dr Lisa Su, CTO, dan eksekutif yang lain akan berkongsi berkaitan produk yang akan diperkenalkan ketika itu.

{suggest}

Ciri-Ciri AMD Ryzen Zen4

Berikut merupakan spesifikasi dan ciri-ciri seni bina Ryzen Zen4:

  • Hingga 16 teras dan 32 bebenang Zen 4
  • Lebih 15% peningkatan prestasi dalam aplikasi bebenang tunggal
  • Nod pemprosesan 5nm TSMC yang baharu
  • Peningkatan prestasi 25% Per Watt vs Zen 3
  • Peningkatan prestasi keseluruhan 35% vs Zen 3
  • Sokongan platform AM5 yang lebih maju dan baharu dengan soket LGA1718

Tarikh-Tarikh Pelancaran AMD Ryzen 7000 ‘Raphael’

  • Pengumuman produk: 29 Ogos, 2022 pada jam 7:00PM ET
  • Embargo media: 13 September, 2022 pada jam 9AM ET
  • Embargo jualan: 27 September, 2022 pada jam 9AM ET

Pembaca boleh mengakses siaran langsung pelancaran siri AMD Ryzen 7000 ini melalui saluran YouTube AMD kerana itu mungkin salah satu platform yang AMD akan gunakan untuk acara tersebut.

Sumber: wccftech

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress