Berdasarkan kepada laporan dari kaji selidik yang dijalankan oleh laman TimeOut, negara jiran kita, Singapura telah disenaraikan sebagai antara negara yang memiliki bandar dengan sistem pengangkutan terbaik di dunia.
Malah daripada tinjauan TimeOut ke atas lebih daripada 20,000 penduduk kota di seluruh dunia, dilebih daripada 50 bandar, Singapura disenarai sebagai bandar ke-9 yang memiliki sistem pengangkutan awam terbaik daripada 19 buah bandar yang disenaraikan.
TimeOut bertanyakan kepada pengguna adakah mudah untuk mengelilingi bandar anda dengan pengangkutan awam?
Sekurang-kurangnya 4 daripada 5 penduduk tempatan di bandar yang disenaraikan mempunyai perkara yang baik untuk diperkatakan tentang rangkaian pengangkutan awam di bandar mereka itu.
Berikut adalah senarai 19 bandar di dunia yang dilaporkan TimeOut sebagai bandar yang memiliki pengangkutan awam terbaik di dunia:-
- Berlin, Jerman
- Prague, Republik Czech
- Tokyo, Jepun
- Copenhagen, Denmark
- Stockholm, Sweden
- Singapura
- Hong Kong
- Taipei, Taiwan
- Shanghai, China
- Amsterdam, Belanda
- London, UK
- Madrid, Sepanyol
- Edinburgh, Scotland
- Paris, Perancis
- New York, AS
- Montreal, Kanada
- Chicago, AS
- Beijing, China
- Mumbai, India
{suggest}
Sumber: TimeOut