Baru-baru ini, polis berjaya menumpaskan sindiket penipuan panggilan dimana mereka menggunakan maklumat yang diperoleh daripada portal kerajaan.

Kegiatan mereka sebenarnya telah dilakukan sejak April 2018 lagi dan portal kerajaan yang digunakan untuk mendapatkan maklumat adalah JPJ, SPR dan juga MyEG.

Sumber: Polis Perak

Sindikit ini akan menyamar sebagai Pegawai Khidmat Pelanggan Telekom Malaysia dan Pegawai Polis untuk menipu mangsa. Malah setiap ahli sindiket menerima komisen antara RM3000 hingga RM4000.

Tambahan lagi, kumpulan tersebut dipercayai terlibat dengan 29 kes penipuan yang mengakibatkan mangsa-mangsanya kerugian sehingga RM360,000 sejak kembali aktif November lalu.

Sumber: Polis Perak

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan (melakukan tipu) dan Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959.

Dalam pada itu juga, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman turut mengingatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada apabila melakukan urusan dalam talian dan jangan memberikan maklumat peribadi sewenang-wenangnya.

Sumber: Bernama, Polis Perak