Aplikasi permesejan Signal yang semakin mendapat tempat dihati pengguna telefon pintar dilaporkan akan menawarkan ciri-ciri yang sama sepertimana yang ada pada aplikasi WhatsApp.

Antara ciri-ciri baru yang akan diperkenalkan Signal termasuklah ciri menukar tetapan ‘wallpaper’ pada setiap ruang sembang, tetapan pilihan status pengguna, pelekat beranimasi, mod data rendah, cadangan orang hubungan, panggilan berkumpulan, pautan jemputan ke dalam grup dan tetapan muat turun kandungan automatik.

Ciri-ciri tersebut sebelum ini tidak ditawarkan dalam aplikasi Signal.

Tetapi selepas kontroversi terma dan syarat baharu yang diperkenalkan WhatsApp, pembangun Signal mula mengambil kesempatan dengan meniru ciri-ciri yang ada dalam WhatsApp selepas pengguna dilihat mula beralih kepada aplikasi mereka.

Tindakan pembangun aplikasi ini juga mungkin untuk tidak menjadikan aplikasi mereka sebagai terlalu asing kepada pengguna WhatsApp yang mahu beralih kepada Signal.

Sumber: Wabetainfo