Aplikasi permesejan yang semakin popular, Signal kini kembali boleh digunakan selepas beberapa hari berdeoan isu teknikal.
Ia diumumkan Signal menerusi akaun Twitter rasmi mereka hari ini.
Signal is back! Like an underdog going through a training montage, we’ve learned a lot since yesterday — and we did it together. Thanks to the millions of new Signal users around the world for your patience. Your capacity for understanding inspired us while we expanded capacity. pic.twitter.com/cRNV8kVtdF
— Signal (@signalapp) January 17, 2021
Signal yang menjadi popular secara mendadak selepas disyorkan oleh Elon Musk telah berdepan isu teknikal selepas peningkatan pengguna aplikasi tersebut di seluruh dunia.
Selain disyorkan oleh Elon Musk, peningkatan muat turun aplikasi Signal sehingga 4,200% juga berlaku selepas aplikasi WhatsApp mengumumkan untuk memaksa pengguna berkongsikan data WhatsApp mereka dengan platfom Facebook.
Signal boleh dimuat turun untuk peranti pintar Android, iOS, macOS, Windows dan Linux.
Sumber: Reuters, Business Insider