Khabar angin sebelum ini mengatakan pengenalan iPhone baharu adalah pada pertengahan September 2021, iaitu sekitar minggu ketiga bulan itu.

Kini dilaporkan barisan siri iPhone 13 dijangka mula dijual pada 17 September. Berdasarkan tangkap layar yang dikongsikan, ia memperlihatkan lagi yang jualan fon telinga AirPods 3 menyusul pada 30 September.

Namun, tiada pula tanda-tanda kehadiran iPad mini. Pun begitu, gambar tersebut mungkin juga palsu. Apa-apa pun, Apple kebiasaannya mengumumkan iPhone pada bulan September, iaitu hari ke-14.

Jika hendak dibandingkan dengan siri iPhone 12 tahun lalu, pandemik COVID-19 menyebabkan pelancarannya ditunda.

Mungkin khabar berita ini benar memandangkan ia menepati ramalan yang dibuat. Malah, iOS 15 Beta 7 yang dilepaskan awal pagi tadi juga menunjukkan tanda-tanda ia semakin hampir.

Sumber: ithome

Foto utama: notebookcheck

Baca juga: