Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Siap Sedia Dengan 3 Ciri Baharu Google Maps Ini

Posted on November 16, 2023

Google Map kini telah bersiap sedia untuk pelancaran beberapa ciri terbaru untuk aplikasi mereka pada akhir tahun ini.

Pandu Arah Transit

Ini adalah kemas kini pertama yang dijangka dapat membantu pengguna Google Map supaya mereka tidak sesat dan tersalah jalan untuk ke bahagian transit yang sepatutnya. Menurut pihak Google, mereka akan menambah ciri di mana pengguna boleh melihat lokasi sebenar pintu masuk dan keluar sesuatu stesen itu serta jalan untuk ke tempat itu walaupun ia berada di dalam pusat beli-belah.

Kemudahan ini akan tersedia untuk 80 bandar sahaja setakat ini yang merangkumi Berlin, Boston, London dan Madrid.

‘Group Chat’

Kemas kini yang kedua ini pula menjadikan Google Map sebagai tempat untuk pengguna mencipta kumpulan perbualan seperti ‘Group Chat‘ di WhatsApp. Peranannya adalah memberi tempat untuk pengguna bergaul dan mencadangkan tempat yang boleh dikunjungi oleh pengguna lain berdasarkan pemerhatian mereka.

Reaksi Emoji

Ciri ini adalah antara kemas kini terbaru yang telah tersedia untuk pengguna di seluruh dunia. Anda kini boleh memberi reaksi emoji dengan animasi yang disediakan oleh Emoji Kitchen di bahagian ulasan bagi sesuatu paparan tempat itu.

{suggest}

Sumber: Android Authority

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress