Shopee dikhabarkan bakal meluaskan lagi jenis servisnya melalui servis penghantaran makanan seperti FoodPanda dan GrabFood di seluruh Malaysia.

Menurut perkongsian di platform media sosial mereka, ShopeeFood dirancang untuk dilancarkan pertama kali di Kuala Lumpur dan Selangor.

Oleh itu, mereka sedang mencari rakan penghantar yang berkelayakan dan telah membuka pendaftaran untuk sertai servis terbaru tersebut.

Menurutnya, pemohon mestilah warganegara Malaysia, berumur 18 tahun dan keatas, serta mempunyai lesen P menunggang motosikal.

Selain itu, pemohon perlu mempunyai sekurang-kurangnya telefon bimbit yang menyokong peranti iOS 10 dan ke atas atau Android 4.4 dan ke atas.

Syarat kelayakan lain termasuklah tiada rekod jenayah lampau PDRM dan tiada rekod penggantungan atau larangan di plarform Shopee.

Jika berminat untuk memohon sebagai rakan penghantar ShopeeFood, layari pautan ini https://t.co/wQ7b6v3n8w?amp=1 

Sumber: ShopeeMY

Foto utama: Behance

Baca juga – Tiada Lagi Pilihan Kurier Di Shopee Bermula 17 Jun Ini

Baca juga – OPPO Nak Buat Konsert Di Shopee Dan Akan Bagi Kod Promo Bernilai Sehingga RM18,000 Kepada Penonton