Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan platfom e-dagang Shopee bekerjasama menganjurkan Durian e-Fiesta dengan mengumpulkan seramai 211 penjual durian dari seluruh negara.

Acara Durian e-Fiesta itu yang akan bermula dari hari Sabtu ini (10 Julai 2021) hingga 31 Julai 2021 akan membolehkan pembeli mendapatkan pelbagai jenis durian secara atas talian di Shopee seperti Musang King, D24 dan durian kampung.

Sepanjang Durian e-Fiesta itu juga, pengguna Shopee boleh mendapatkan baucar diskaun menarik yang ditawarkan platfom e-dagang. Sekaligus anda akan dapat membeli raja buah itu pada harga yang lebih menarik.

Tidak sekadar itu, usaha ini juga akan dapat mengelakkan pengguna daripada kes penipuan durian yang berlaku dalam media sosial.

Jadi, kepada para penggemar durian anda bolehlah ke laman rasmi https://shopee.com.my/m/efama bagi membeli durian secara atas talian di platfom tersebut.

Sumber: Bernama

Jom beli durian di Shopee: https://invol.co/cl4whp1