Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Shell Umum Formula Petrol Baharu, Beri 15KM Lebih Jauh

Posted on Februari 8, 2023Februari 8, 2023

Shell hari ini mengumumkan petrol mereka iaitu Shell FuelSave 95 kini dengan formula bahru yang mampu memberikan jarak perjalanan lebih jauh iaitu sehingga 15KM dengan setiap tangki.

Tidak setakat itu sahaja, Shell juga menyatakan bahawa dengan formula baharu pada FuelSave 95 mereka, ia membantu membersih dan melindungi komponen utama sistem bahan api kenderaan bermotor seperti injap dan pemancit bahan api.

Ia dengan keupayaan Shell FuelSave 95 baharu yang bukan menyediakan bukan satu, tetapi dua lapisan perlindungan terhadap kakisan dan pengumpulan deposit yang menjejaskan prestasi.

Shell memaklumkan, formula petrol mereka yang dipertingkatkan ini melibatkan usaha daripada 150 saintis mereka hasil daripada kajian selama 5 tahun.

Shell Fuelsave 95 sesuai digunakan sama ada pad enjin kenderaan lama, baharu atau hibrid.

{suggest}

Sumber: Shell

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress