Sharp Electronics Malaysia hari ini melancarkan Malaysia Tabah 2021 iaitu satu inisiatif untuk menyokong golongan yang terkesan akibat COVID-19 serta menghargai petugas barisan hadapan.

Inisiatif ini dijalankan melalui pemberian kalendar desktop dengan menerima sumbangan RM50 daripada masyarakat dan rakan kongsi Sharp.

Kalendar yang diberikan ini juga memaparkan gambar-gambar sepanjang tempoh kawalan pergerakan PkP yang diambil oleh pelbagai wartawan seperti The Star Publications dan The Malay Mail.

Sebelum ini, kalendar desktop tahunan dari Sharp memaparkan produk-produk mereka. Namun, berbeza tahun ini, mereka memutuskan untuk memaparkan gambar petugas barisan hadapan dalam menghargai mereka yang bekerja keras dalam membendung wabak ini.

Sharp merancang untuk menghasilkan 20,000 keping kalendar desktop dan 100% hasil sumbangan orang ramai akan disalurkan terus ke Yayasan Tzu Chi.

Yayasan tersebut yang merupakan organisasi bukan kerajaan (NGO) telah aktif dalam menyokong petugas barisan hadapan dan juga rakyat Malaysia sejak berlakunya wabak COVID-19 ini.