Aplikasi Setel kini boleh digunakan untuk membayar parkir di 3 kawasan iaitu Subang Jaya, Kuala Langat dan Teluk Intan.
Setakat ini, hanya kawasan di bawah 3 majlis perbandaran itu sahaja yang menyokong pembayaran tempat letak kereta jalanan.
Tempoh minimum parkir dihadkan serendah 1 jam.
Untuk mengaksesnya, hanya tekan butang ‘Parking’ dalam aplikasi Setel. Kemudian pilih ‘Street parking’.