Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
    • Ura-ura
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Sesetengah Dari Galaxy Note 20 Guna Sistem Penyejukan Kebuk Wap, Yang Lain Pula Guna Pad Grafit

Posted on Ogos 25, 2020

Ramai sudah maklum bahawa Samsung menyertakan dua cip berbeza pada model Galaxy Note 20 mereka.

Terkini, pasukan iFixit yang popular dengan servis baik pulih gajet menjumpai perkara menarik yang membezakan kesemua model Galaxy Note 20 dan juga Note 20 Ultra.

Menurut iFixit, mereka menjumpai 2 sistem penyejukan berbeza pada siri Galaxy Note 20. Ada sesetengah model menggunakan pad haba grafit, manakala yang lain pula dari kebuk wap.

Bukan isu Snapdragon vs Exynos

Pada mulanya ia disangka isu model Exynos dan Snapdragon kerana pasukan iFixit menjumpai pad grafit pada 2 model Note 20 Snapdragon 865+ mereka.

Namun, Zack Nelson dari saluran JerryRigEverything turut menjumpai pad grafit sama pada model Exynosnya.

Ini menjadikan faktor perbezaan kaedah sistem penyejukan ini masih belum diketahui secara rasmi selain dari spekulasi sendiri.

Cuma, ia agak menarik untuk memikirkan sebab mengapa Samsung menggunakan 2 mekanism berbeza untuk menyejukkan siri Galaxy Note 20 mereka.

Sumber: iFixit

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2022 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress