Platfom servis persidangan video dari Google iaitu Google Meet merupakan servis panggilan video paling popular di Malaysia.

Malah ia juga adalah platfom panggilan video ke-3 paling popular di dunia di mana sebanyak 21 buah negara menggunakan servis tersebut dengan kebanyakkan penggunanya adalah dari negara-negara di Asia.

Google Meet adalah servis yang dijenamakan semula dari servis Google terdahulu iaitu Hangouts Meet pada April 2020 dahulu.

Berikutan pandemik COVID-19 yang belum berakhir, Google mengumumkan untuk terus melanjutkan servis Google Meet supaya ia boleh digunakan secara percuma kepada semua penggunanya selama 24 jam sehingga bulan Jun ini.

Walaubagaimanapun, tempoh percuma menggunakan servis Google Meet sehingga 24 jam itu akan tamat pada 28 Jun 2021 ini.

Ia akan kembali ditetapkan untuk digunakan secara percuma selama 60 minit sahaja bagi setiap sesi Google Meet.

Ini bermakna, jika anda mahu menggunakan Google Meet secara percuma lebih dari had masa yang ditetapkan iaitu 60 minit selepas dari tarikh itu, anda perlu melanggan pelan Google Workspace Essentials yang berharga USD8 bagi seorang pengguna aktif/bulan.

Gmail users will have unlimited free group calls (3 or more people) on meet.google.com through June 28th. After that, users will need to upgrade for web-hosted group calls longer than 60 minutes.” Google.

Namun begitu, pengguna tegar Google Meet pastinya mengharapkan Google akan terus melanjutkan lagi penawaran servis percuma Google Meet sehingga 24 jam untuk beberapa bulan lagi.

Ini kerana ia bukanlah kali pertama Google melanjutkan penawaran servis Google Meet untuk digunakan sehingga 24 jam secara percuma.

Pada September 2020 lalu, Google telah mengumumkan untuk melanjutkan penawaran tersebut sehingga ke bulan Mac 2021. Kemudian mereka melanjutkan sekali lagi sehingga ke bulan Jun ini pula akibat daripada pandemik COVID-19 yang belum berakhir.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang servis Google Meet ini serta kelebihan pelan yang ditawarkan, anda boleh layari laman rasmi Google Meet.

Baca juga: Tiada Had Panggilan 60 Minit Google Meet Untuk Semua Pengguna Gmail Sehingga Tahun Hadapan