Kami pernah beberapa kali berkongsi tentang fungsi aplikasi iClean Selangor ini di mana ia menawarkan servis kutipan sampah domestik dan pembersihan awam secara percuma.
Antara perkhidmatan sering dikongsi pengguna ialah pengumpulan sampah domestik seperti perabot-perabot lama atau sampah besar dan kering.
Ini sangat bermanfaat terutamanya selepas musim banjir yang mana banyak perabot dan peralatan rumah rosak akibat bah.
Menerusinya, anda hanya kongsikan sampah yang mahu dibuang, ambil gambar dan kongsikan alamat. Kemudian, pihak berkaitan akan datang mengambil sampah-sampah anda tanpa bayaran.
Bukan hanya kutipan sampah, malah anda juga boleh buat aduan untuk pembersihan longkang dan kawasan awam yang lain.
{suggest}
Muat turun aplikasi iClean Selangor
Sedikit malang, ia tidak terdapat di App Gallery Huawei. Untuk pengguna kali pertama, anda perlu daftar dulu sebagai pengguna.
Function ya apps iClean Selangor ni. Kemas store nak jadikan office barang banyak gila. Apply dekat apps 2 hari settle diorang kutip. Free sahaja. pic.twitter.com/cpS9UH6FMt
— Bangjiq (@HaziqSaparudin) January 19, 2023
Untuk tempah servis kutipan sampah domestik
- Dalam aplikasi, tekan ikon tulis di bucu kanan atas.
- Pilih PBT.
- Untuk aduan, pilih ‘Kutipan Domestik‘.
- Dalam huraian masalah, catatkan sampah-sampah yang anda mahu lupuskan.
- Tekan ‘Seterusnya’.
- Beri kebenaran untuk aplikasi ketahui lokasi anda. Pilih ‘Allow Once’ atau ‘Allow While Using App’.
- Tekan ‘Seterusnya’.
- Untuk Lampiran, ambil gambar sampah-sampah tadi.
- Tekan ‘Seterusnya’ dan tekan ‘Hantar’.
Pihak KDEB Waste Management selaku pihak bertanggungjawab akan menghubungi anda sekitar esoknya. Keseluruhannya, masa diambil sekitar 2 hari untuk segala urusan selesai.
Before & After
Mudah betul clearkan perabot lama. Download je apps iClean Selangor, nanti lorry datang angkut dan bersihkan🙌 Settle satu masalah. pic.twitter.com/xp29EA49K7
— Adha Nazri (@adhanazrx) September 17, 2022
Antara sampah besar termasuklah perabot seperti kabinet dapur, dapur gas, tilam, almari kayu, peti sejuk, sofa, kotak-kotak besar, baju dan seumpamanya.
Namun, anda terlebih dahulu dinasihatkan mengeluarkan barang-barang dari rumah tersebut supaya mudah pekerja mereka mengangkut naik ke dalam lori kelak.
Menurut komen-komen di Twitter, ada juga sampah yang dipilih dan jika terlalu banyak atau besar, pemilik perlu mengupah orang untuk mengangkatnya.
Sumber: KDEB Waste Management