Huawei menganjurkan peraduan istimewa HUAWEI XMAGE Awards 2023: ZoomIntoMalaysia dengan pelbagai tawaran hadiah menarik seperti – HUAWEI P60 Pro, HUAWEI Watch Fit, HUAWEI FreeBuds 5 dan banyak lagi.
Bagaimana nak menyertai?
Pertama, anda perlu mengikuti akaun @huaweimobilemy di platform Facebook dan Instagram.
Kedua, pos dan kongsikan gambar atau video yang telah anda hasilkan menggunakan peranti Huawei anda.
Terakhir, pastikan anda tag @huaweimobilemy bersama hashtag #ZoomintoMalaysia #HUAWEIXMAGE #HUAWEIP60PRO.
Setiap minggu bermula sekarang hingga 30 Jun nanti, Huawei akan memilih LIMA pemenang bertuah. Oleh itu, anda mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk memenangi peraduan ini.
{suggest}
Menang USD10,000
Menariknya lagi, anda juga boleh memenangi hadiah wang tunai berjumlah USD10,000 (~RM46,055.00). Hantarkan karya agung anda yang terbaik di pautan ini – bit.ly/XMAGE2023-Mass .
Sumber: Siaran Akhbar Huawei