Telekom Malaysia Berhad (TM) menerusi Yayasan TM (YTM) melancarkan pertandingan filem pendek “Young Filmmaker 2021”.

Ia juga merupakan satu inisiatif untuk menyokong pembangunan industri kreatif di samping memberi peluang bakat-bakat muda dan pengkarya kandungan digital dalam mempamerkan kreativiti masing-masing.

Pertandingan ini adalah bertemakan “Kembali Teguh” dan terbuka untuk semua pelajar termasuk orang awam yang berumur 18 hingga 35 tahun dimana sembilan pemenang terpilih bagi merebut hadiah keseluruhan wang tunai bernilai RM25,000.

Filem pendek tersebut bakal dinilai juri profesional seperti Ghaz Abu Bakar, Eyra Rahman, Khir Rahman, Aziz M. Osman, Jason Chong, Vimala Perumal, Nik Amir, Razaisyam Rashid dan Azhari Zain.

Sekiranya anda berminat, daftar melalui pautan INI dan hantarkan penyertaan anda sebelum 31 Disember 2021.

Sumber: Siaran Akhbar TM

Baca juga: