Beribu-ribu pengkalan data dilaporkan telah disabotaj oleh pihak tidak bertanggung jawab. Dikatakan penggodam menggunakan bot untuk memadam kesemua data dan hanya meninggalkan perkataan “meow” sahaja.
Pada mulanya, serangan ini ditujukan untuk pangkalan data jenis ElasticSearch yang disimpan dalam pelayan dari UFO VPN. Namun, tidak lama selepas itu, ia mula menyerang beberapa pangkalan data lain seperti MongoDB, Apache Casandra dan seterusnya.
[UFO VPN STORY UPDATE] After the exposed data had been secured, it resurfaced a second time on July 20 at a different IP address – all of the records destroyed now by a new “Meow” bot attack. pic.twitter.com/YbQCSKBOK9
— Bob Diachenko (@MayhemDayOne) July 20, 2020
Motif di sebalik serangan bukanlah tebusan atau bayaran sebaliknya boleh dikatakan sekadar suka-suka oleh penggodam yang tidak bertanggung jawab itu.
Salah satu laporan melaporkan penggodam hanya menyasarkan kepada pangkalan data yang tidak mempunyai sekuriti tinggi sahaja.
Setakat ini, Serangan Meow telah menyerang sekitar 1,800 pangkalan data. Namun, jumlah ini berkemungkinan meningkat pada masa akan datang jika penggodam tidak menunjukkan tanda-tanda untuk berehat.
Sumber: Ars Technica